BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 18, 2011

U Smile I Smile

Hari ni , pagi - pagi lagi aku sudah nampak kelibat dia. Teruja sedikit hati kecil ku ini . Aku lega kerana dapat berjumpa dengan dia lagi . Alhamdulillah . Harini aku tanamkan azam ingin bercakap dengan dia . Macam bodoh kan ? Tapi yela , sampai bila aku mahu berdiam sahaja , sedangkan dengan yang lain aku boleh petah berbicara . Aku tidak mahu sampai ade yang mengetahui sejarah aku dan si dia . Mahupun nampak akan ketidakmesraan kita . Mulalah nanti timbul persoalan dan kemudian spekulasi -spekulasi yang agak klise . Asalkan aku mahu berbicara dengannya , ada saja yang menghalang . Even aku rasa , dia sendiri masih belum ingin berbicara dengan aku . 

Aku terasa hati . Tapi Silent is Wise . Mungkin juga perbuatan dia tak maksudkan . Mungkin saja aku yang pesimistic , Arhh , kemelut sebegini tidak lansung terlintas dibenak fikiranku untuk dilayan mahupun dicari . Aku akan lebih bersabar . Kerana di dalam setiap kesabaran , pasti akan ada buah hasilnya . ^_^ 

I believe one day he will speak again and we will be friends like before , InsyaAllah ~

0 comments: